Celik Budaya JKKN

Selamat Datang Ke Portal Celik Budaya

phone icon Untuk sebarang pertanyaan hubungi kami di +(03) 26148200

Modul Pantun [ Tahap 1 ]

Bidang Pantun Modul : Pantun [ Tahap 1 ]

PENGENALAN MODUL

Pantun ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang digunakan untuk menyampaikan perasaan dan fikiran yang gembira, sedih, rindu, marah dan sebagainya. Mengikut kajian (Muhammad Hj. Salleh, 2000 : 56) asal kata pantun mungkin berdasarkan kata toen, tuntun, tonton, tuntun, atuntun, matuntun, panton, pantun yang digunakan dalam pelbagai bahasa di Nusantara. Maksudnya merujuk kepada ‘sesuatu pengucapan dengan bahasa yang teratur, tersusun dan indah atau peri laku yang terpimpin, terdidik, bersopan dan bertatasusila’. Dalam kesusasteraan Melayu istilah pantun atau sepantun asalnya dipakai dengan makna ‘umpama, seperti, sebagai, laksana, bak’ yakni merujuk kepada perbandingan atau kiasan. Contohnya ‘tuan sepantun kilat cermin, di balik gunung nampak juga’.

BAHAN PEMBELAJARAN

Pantun


Mari Kenali Pantun

Penghasilan Karya


Panduan Persembahan


Jum.Paparan : 81 kali
Kod Modul : 008
Tahap : 1
Tarikh Kemaskini : 14 Jan 2026