14
Ikon Puisi Tradisional
Nur Amelyana Binti Noor Kamaruzaman dilahirkan pada 12 Disember 1990 di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor. Anak sulung daripada lima adik beradik ini mendapat pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda Perguruan (major: Bahasa Melayu, minor: Persuratan & Kesenian Melayu) di IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.
Beliau mula mengenali puisi tradisional secara asasnya semasa mengikuti program ijazah di IPG Kampus Bahasa Melayu melalui subjek Persuratan dan Kesenian Melayu. Beliau mula aktif dalam bidang ini apabila menyertai Festival Puisi Warisan yang telah dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada Disember 2012 di Melaka.
Pencapaian
2022 - Pendendang Gurindam dam pementasan Teater Masahoro Opu Raja Siti dan Teater-Syair Setanggi Ratna Inderapura.
2016 - Dijemput menjadi salah seorang penyampai syair dalam Konsert Syair Alam Melayu Nusantara 2016 dan diberi pengiktirafan Anugerah Nilam Pujangga oleh Anggun Performing Arts.
2014 - Johan kategori syair dalam pertandingan penyampaian puisi tradisional sempena bulan bahasa kebangsaan anjuran MARA.
2013 - Johan kategori gurindam dalam pertandingan penyampaian puisi tradisional sempena bulan bahasa kebangsaan anjuran MARA.
2012 - Naib johan kategori nazam dalam Festival Puisi Warisan.
Sehingga kini, beliau aktif menjadi pendendang, juri pertandingan dan penceramah bengkel Puisi Tradisional yang diadakan di peringkat sekolah, universiti dan sebagainya.