32
Anak kelahiran Lenggong, Perak Darul Ridzuan telah terlibat dalam dunia persilatan sejak berusia 13 tahun. Penglibatan beliau dalam Pertubuhan Seni Gayung Fatani sejak di bangku sekolah telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sehingga dinobatkan sebagai Pesilat Terbaik PSGFM 1996.
Beliau sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dalam perkembangan dan Pembangunan silat, bertindak sebagai penggubal modul, fasilitator, tenaga pengajar dan juru tunjuk bagi kurikulum silat sejak tahun 1994 bersama-sama guru utama PSGFM, Allahyarham Tuan Hj. Anuar Abd. Wahab AMN.
Pada tahun 2000, beliau telah menerima mandat dari guru utama PSGFM bagi mengembangkan silat ke peringkat antarabangsa. Antara negara-negara kembara silat beliau ialah Austria, Switzerland, France, Thailand, United Kingdom, Itali, Korea Utara, Jerman, Algeria dan Hungary.
Pengkhususan pembangunan beliau adalah berasaskan Pendidikan Kurikulum Silat yang telus dan setara. Kejayaan beliau terbukti melalui anugerah-anugerah yang telah ditempa di peringkat antarabangsa. Antaranya ialah Model Competition Award di DPR Korea, Persembahan Jemputan Khas World Chinese Kung Fu Championship di Itali (De Nacth Der Kampskunst) di 14 bandar German, Bercy Martial Arts Festival di France.
Cita-cita beliau adalah menjadikan Malaysia sebagai Pusat Pembangunan Silat. Sehingga kini, beliau masih aktif menganjurkan seminar dan bengkel silat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau turut terlibat dalam kareografi silat bagi dokumentari dan filem. Selain itu bertindak sebagai penyumbang Teknik Silat untuk majalah-majalah beladiri di Eropah.
2003 - Tersenarai sebagai 5 finalis penerima Anugerah Duta Belia.
2002 - Diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan sebagai Ikon Belia di atas pencapaian dalam silat.
2000 - Menerima mandat dari Guru Utama PSGFM, Allahyarham Tn. Hj. Anuar Abd. Wahab AMN bagi mengembangkan Silat ke peringkat antarabangsa.
1996 - Dinobatkan sebagai Pesilat Terbaik Pertubuhan Seni Gayung Fatani (PSGFM).
1994 - Bertindak sebagai penggubal modul, fasilitator, tenaga pengajar dan juru tunjuk bagi Kurikulum Silat kerjasama dengan Kementerian Kebudayaan , Kesenian dan Warisan Malaysia.