48
Lahir di Kampung Pulai, Merlimau, Melaka pada 8 Januari 1953 dan mula terlibat dalam persilatan ketika berusia 25 tahun serta mempunyai pengalaman luas dalam dunia persilatan selama 34 tahun di dalam Perguruan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PPSGM).
Beliau dianugerahkan Pingat Pangkuan Negara (PPN) oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan menyandang jawatan Gurulatih Tertinggi, Waris Beradat dan Wakil Perlimau Tapak dan Seni dalam Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Mengajar secara tetap di beberapa buah gelanggang antaranya di negeri Pahang iaitu Maktab Rendah Sains MARA Muadzam Shah dan Uniten Muadzam Shah serta di Kuala Lumpur iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Maju, Seksyen 2, Kuala Lumpur yang telah masuk tahun ke 24.
Beliau turut dihantar oleh PSSGM ke luar negara untuk mengajar silat di Kuwait. Pernah menjadi penceramah motivasi kepada pesalah-pesalah juvana di Pusat Pemulihan Akhlak di ibu negara, Kuala Lumpur. Selain itu, pernah dilantik sebagai ketua dalam persembahan silat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur di temasya Sukan SEA. Beberapa persembahan lain iaitu di pusat membeli-belah dengan Kerjasama Japan Malaysian Martial Art Festival.