29
Asal:
Temerloh, Pahang
Beliau mula mengenali permainan gasing sejak berumur 9 tahun. Pada tahun 1997, beliau mula aktif dalam pertandingan gasing mewakili negeri Pahang dan pernah menjuarai pertandingan peringkat kebangsaan pada tahun 2002 dan 2019. Beliau telah dipilih sebagai Penolong Setiausaha Persatuan Gasing Negeri Pahang pada tahun 2012. Pada tahun 2015 beliau dipilih untuk memegang jawatan sebagai Setiausaha Agong Persekutuan Gasing Malaysia. Selain dari bermain gasing, beliau juga merupakan pengadil bertauliah gred 2 yang berkelayakan untuk mengadili pertandingan gasing peringkat kebangsaan.
Beliau juga pernah mengendalikan kursus jurulatih yang dianjurkan oleh Persekutuan Gasing Malaysia dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia antaranya kursus asas permainan gasing di UTHM pada tahun 2008 dan beberapa siri kursus Jurulatih Seni Budaya Negara. Dalam usaha mengembangkan permainan gasing, dengan kerjasama dan bantuan daripada Kementerian, beberapa tempat telah dilawati iaitu di Brunei dan Indonesia bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan mengenai permainan tradisional ini. Pada tahun 2014, beliau dilantik sebagai fasilitator PBSB bidang Gasing dimana terlibat dalam pengubalan modul pembelajaran gasing sehingga kini.