57
Berkecimpung dalam bidang seni muzik tradisional dan tari sejak tahun 1969. Beliau pernah mengadakan persembahan muzik tradisional di dalam dan luar negara.
1994-2020 – Bertugas sebagai pensyarah tetap di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
1994-2016 – Pensyarah pakar rujuk muzik tradisional fasilitator dan pemudah cara pembaikan semula peralatan muzik tradisional di Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA)
2005-2009 – Mengajar dan menyediakan modul serta silibus untuk pelajar di dalam bidang muzik tradisional caklempong
1996-2005 – Mengajar dan melatih muzik tradisional caklempong untuk Akedemi Seni Kebangsaan (ASK)
1984-2005 – Mengajar muzik gamelan, angklong dan caklempong untuk penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) di bahagian Music, Art & Design
1979-2005 – Mengajar muzik caklempong untuk pelajar Universiti Malaya (UM) dalam aktiviti ko-kurikulum
1976-1988 – Mengajar muzik tradisional gamelan untuk ko-kurikulum Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
1984-1986 – Mengajar dan melatih aktiviti seni muzik Melayu Asli di Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
1969-1983 – Jurulatih remaja dan belia yang bergiat dalam aktiviti anjuran Kementerian
Antara pencapaian:
1. Membuat buku:
• Metodologi dan gaya bermain caklempong
• Cara-cara membuat alat muzik tiupan bangsi, saluang dan pupuik tanduk
• Teknik bermain gamelan Melayu
2. Mengumpul bahan dan repertoire lagu-lagu caklempong dan keroncong
3. Mengumpul skor muzik caklempong lengkap
4. Menjadi hakim pertandingan caklempong dan gamelan seluruh Malaysia
5. Menjadi hakim pertandingan kompang sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia
6. Manjadi hakim pertandingan kerchingan seluruh Malaysia
7. Fasilitator Jurulatih Seni Budaya Negara